Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: November 2007

Monday, November 12, 2007

My Favorite Song..



~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Friday, November 09, 2007

Tak Tido...

Semalaman aku tak tido dan tak buleh tido.. Pagi ni datang opis pun tak rasa ngantuk langsung. Rasa lapar pun tak. Terus jeh buat kerja. Erm..semalaman gak le aku dok memerhati... memerhati dan memerhati... memikir...memikir dan memikir... berdoa...berdoa dan berdoa... sepanjang semalaman sampai le ke Subuh tadi terus g mengadap yg KUASA..berdoa...berdoa dan berdoa... pas tu memerhati... memerhati dan memerhati... memikir...memikir dan memikir... berdoa...berdoa dan berdoa... sampai le aku bersiap nak ke opis. Apa yg aku perhati? Apa yg aku fikir? Apa yg aku doa? Hanya aku dan Allah S.W.T. sahaja yg tahu. Aku rasa tenang bila aku memerhati, Aku rasa banyak perkara yg aku dapat leraikan bila aku memikir, Aku rasa redha dan pasrah bila aku berdoa... Semoga malam ni aku dapat tido atau keadaan yg sama akan berlaku malam ni... Wallahualam...

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Sabar Tahap Ekstrem...



Hari ini aku cuba mengenali erti kesabaran di tahap paling..paling & paling maksima (kira ekstrem le..). Aku yakin diri aku dapat bersabar selagi aku diberi kewarasan seorg manusia yg sempurna akal dan hatinya. Aku anggap ini semua adalah proses kematangan diri aku yang sedia adanya matang ini. Aku bukannya riak atau bangga diri tentang diri aku yg yakin dapat mencapai tahap kesabaran yg di tahap ekstrem ni tp selama ni pun aku dah immune dengan pelbagai dugaan kesabaran yg mengasak diri ini. Aku rasa kalau wanita lain yg tak kuat iman mungkin dah bunuh diri kot..erm pikir sendiri dah le. Pasal tu le aku boleh kata yg aku yakin..insya'allah... Aku tak anggap aku adalah org yg paling malang sbb diduga kesabaran mcm ni tp aku anggap aku adalah org yg paling bertuah sebab aku adalah dikalangan insan terpilih yg dapat dugaan kesabaran mcm ni. Cuba pikir balik la, hidup ini cuma sementara saja, entahkan esok...entahkan lusa...entahkan bila kehidupan kita akan ditarik balik. So, jalanilah kehidupan yg sementara ini dengan mudah walaupun hakikatnya ia sangat susah. Allah tu Maha mengetahui, Maha penyayang, Maha adil, Maha mengasihani hambanNYA selagi hambaNYA mengingatiNYA. Happy, enjoy dgn apa yg kita jalani... Actually life is a simple thing... just go with the flow..but use everything that Allah gives to us... Think about it... ;)

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Realiti Kehidupan Sekarang...



Hari ni aku belajar lagi tentang kehidupan. Manusia sekarang kebanyakkannya bertopengkan kepura-puraan. Ada yg di depan baik tp di belakang, dialah syaitan yg bertopengkan manusia. Ada yg koro di depan tp di belakang dia lagilah The Best of koro hahaha.. Ada yg di depan jadi seorg suami dan bapa yg baik (mithali) tp di belakang, dialah seorg lelaki yg bergelar Mat Romeo (semua pun nak kebas, semua pun nak makan, semua pun pompuan dia ada!) ni kira Jantan lupa daratan, iyelah tak sedar ke yg anggota badan termasuk pancaindera tu adalah pinjaman semata-mata..hahaha.. Ada lak yg di depan punyalah sejuk mata memandang, kira sesuai dijadikan calon isteri tp rupanya dibelakang dialah ratu gedik tahap cipan tanah! isyk..isyk..isyk..dasat..dasat.. Ada yg di depan, punyalah orang respect iyelah org tua lah katakan tp dibelakang kaki ronggeng laki bini lak tu...Lailahaillallah... Erm...apa nak jadilah dengan manusia zaman skrg... Apa pun apa nak dikata..dah tak de apa nak dikata sebab dah tak buleh terkata...dah itu lah realitinya kehidupan skrg..

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Kebesaran yang Esa..



Pagi buta ni tetiba jeh perasan aku berbaur rasa sayu, kagum di atas kebesaran Ilahi. Terasa diri ini terlalu kerdil di sisi yg Esa. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan kebahagiaan setelah selama ini bergelumang dengan dugaan, onak dan duri kehidupan. Satu ketika dulu aku pernah berkata pada diriku sendiri, kalau ditakdirkan aku tiada teman hidup, aku redha aku akan hidup sorang diri kerana aku boleh menghadapinya setelah apa yg telah berlaku pada diriku dan aku juga yakin ketentuan dari NYA itu ada hikmahnya. Aku da buat plan, kiranya begitu takdirku, aku akan menumpukan sepenuh hidupku pada kerjaku sahaja & aku akan terus sambung belajar sampai mana yg aku mampu capai, aku nak menambah properties aku sendiri, nak lebih selesakan family aku terutamanya parents aku, nak sibukkan diri dengan minat aku dan macam-macam lagi plan yg aku buat yg tak boleh le aku ckp semuanya tapi apa yg pasti masa 24 jam sehari aku itu terisi penuh!..Tetapi Tuhan tu Maha adil, aku dipertemukan juga dengan seseorang yg bagiku dia adalah kebahagiaan aku. Aku tak sangka rupanya dia juga pernah berkata pada diri sendiri, kalau ditakdirkan dia tidak ditemukan dengan aku setelah apa yg telah berlaku pada dirinya, dia akan hidup sorang diri kerana dia boleh menghadapinya. Itulah kebesaran Allah S.W.T. DIA yg merancang dan DIA juga yg menentukannya, DIA Maha adil lagi Maha mengasihani dan juga Maha penyayang... Alhamdulillah...

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)