Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: September 2007

Friday, September 21, 2007

Kena Saper...



Semalam aku buka kat Mid Valley dgn housemate aku. Lepas buka aku ronda2 aaa dlm tu. Time tu tetiba jeh dada aku berdebar2 makin lama makin kuat tak pernah aku rasa mcm tu, biasanyer skit jeh...ni mmg tahap cipan tanah. Sampai aku terberhenti (hehehe ader ke perkataan ni?)gak dari berjalan. Pas tu aku cakap kat housemate aku, aku rasa mcm nak terjumpa dgn seseorg la.. tp housemate aku tak caya. So, aku diam jeh. Sblm aku balik, housemate aku nak g beli ice blended kat Starbuck so, aku tunggu aaa dia kat dpn cafe tu. Pas tu dia ajak lak aku lepak jap kat situ. So, aku duduk aaa.. tp dlm pada tu aku still tertanyer2 saper la agaknyer yg aku nak jumpa ni... Tengah2 aku termenung tetiba ada sorang lelaki saper aku dari tepi tp aku tak nampak muka dia sbb dia berdiri betul2 kat sblh aku, dia terus salam housemate aku. Bila aku bangun jeh rupa2nya... laa.....Bro Rosyam Nor rupanya dgn family dia... seronok gak aku dapat jumpa family dia.. anak2 bro semua comel2 & hormat dgn org yg lebih tua.... salam cium tangan aku jeh! Wife dia lagi aaa baik... lawa jgn cakap aaa pergh! Seronok betul aku dapat borak2 dgn dia org. Aku lak tak sangka bro Rosyam blh saper aku kat situ...iye ler tak sangka dia perasan aku hahahaha... dia tanyer "buat aper kat sini..."aku kata "tadi buka kat sini", pas tu wife dia kater "nak tunggu sahur sekali ke?" aku kater "tak de ler hhehehe...jap lagi nak balik ni..." best aaa wife bro.. Apa pun bro Rosyam Nor is the best bro that i ever meet after bro Ali Mpire.


~little snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Sunday, September 16, 2007

Berita Sedih ke?



Erm...Semalam aku terima satu berita yang tetiba membuatkan aku sedih giler beb. Biasa aaa bila aku da tak boleh control sedih aku tu, lepas solat aku berdoa pas tu mesti aku baring kat tikar sejadah. Dari aku kecik aku mula kenal tikar sejadah & dari saat itu lah aku akan buat macam tu bila aku sedih sangat. Aku akan rasa aku dekat sangat dengan yang Esa & rasa tenang sikit. Iye le kalau nak tenangkan hati baca Al-Quran tapi kalau aku sedih da tahap cipan tanah, da tak de suara yang boleh kuar beb! Sendiri mau ingat da la... Entah le aku rasa aku sebenarnya boleh terima berita tu dengan hati yang terbuka & cool rock tapi entah mana datangnya perasaan sedih tetiba menyelinap masuk dalam jiwa aku & membuatkan rasa sedih yang amat sangat (kira tahap cipan tanah gak aaa..)

Tetiba aku rasa kehilangan...satu perkara yang selama ni aku tunggu & aku baru perolehi & aku jaga macam menatang minyak yang penuh tetapi nak pergi jauh dari aku... Alaa pergi pun tak lama barang sebulan 2 tapi aku jeh yang jadi selenge tahap cipan tanah...nak buat macamana dalam hidup aku dari dulu selalu jeh kehilangan tu yang bila dapat berita yang ni, aku still terasa walaupun sebenarnya bukanlah kehilangan tu untuk selama2nya tapi aku still terasa beb! Tapi apa pun aku still menunggu bila berita sedih ni akan pergi...tunggu...& tunggu...& tunggu...

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Input Of Memorizes... (Adik Pae Kahwin!!!)







Kali ni aku berjalan ke Pekan, Pahang lak. Tempat tumbesaran my best kerabat.. Pae! Erm, masuk ni da 2 kali aku ke sini tapi kali ni baru first time aku menjejakkan kaki ke umah dia. Kita org berkonvoi 2 keta jeh tapi siap ada walkie talkie tu yang tak tahan tuh! Best woooo...Uiks...boleh tahan lawa gak aaa adik si Pae ni. Hahaha... tgk aaa abg long dia hahahaha...Erm.. time ni baru aku tau yang si Pae ni berjiwa kebapaan hehehehe..tak sangka anak adik dia memang melekat dengan dia jeh! Mintak dokong jeh sama Pak Long! Balik kita orang singgah Kopitiam Kemaman kat Kuantan. ermm..tempat yang tak boleh miss untuk disinggah! Aku mabuk gak aaa minum kopi ais dia sampai berapa bekas tuh! hahahahha!!!

Friday, September 07, 2007

Belasah... (Aku Gengster...)



Hehehe... tetiba aku teringat lak kisah2 ke'gengster'an aku (hahaha ada ke perkataan ni?) Aku ni memang le minat aktiviti lasak ni...terutamanya Taekwando.. time kat sekolah rendah dulu semua budak pompuan join persatuan Pandu Puteri, Puteri Islam tapi aku satu2nya budak pompuan yg join Kelab mempertahankan diri Taekwando. Best Woooo!!! Bayangkan ler dalam kelab tu cuma aku je pompuan..hahaha aku le yg sapu bersih bab2 belasah ni hahaha...

Dulu Sifu aku selalu pesan... kita belajar seni mempertahankan diri ni bukan le utk menunjuk2 atau berlagak ataupun nak cari gaduh tapi ianya untuk menjaga keselamatan diri kita, family, kawan2 & bila keadaan memaksa kita menggunakannya.. Sifu aku pesan bila jadi perkara2 yg tidak diingini kat diri kita, jangan sekali-kali terus belasah org tu tapi nasihat dulu org tu supaya jgn cuba buat mcm tu (sebab sebenarnya kalau kita bergaduh (belasah) ni tak kemana pun sudahnya... kalau pun kita menang mungkin org tu still berdendam kat kita & dia akan cari jalan gak nak belasah kita satu ari nanti so, tak ada kesudahannya le...) kalau 3 kali bagi nasihat pun tak jalan gak baru terus belasah KAW2! uwahuwahuwah...

Nak dijadikan cerita, first time aku terpaksa gunakan Taekwando aku ni time form 3, time tu aku baru abis tuisyen, semua classmate aku da turun tangga dulu so, aku le org yg paling last kuar dan turun. Time turun tangga tetiba ada 4 org budak lelaki dok kumpul kat bawah. Dia org tu budak kelas tuisyen aku cuma aku tak pernah bertegur saper pun. Salah sorang dari bebudak tu berbadan tegap & tinggi tetiba datang dekat dgn aku & cuba meraba bumper aku. Aku yg terkejut terus menepis tangan dia. Pas tu aku nasihat + warning tapi dia sengih jeh & terus cuba nak pegang dada aku lak, itu pun aku still dapat tepis secepat kilat gak & bg warning lagi tapi dia ketawa je..aku tgk kawan2 dia yg lagi 3 org tu pun cuma sengih & jadi PBB (Pemerhati Bangsa2 Bersatu) jeh. Tak ada le nak halang budak bahlol ni dari ganggu aku...siot betul!

Pas tu budak bahlol tu cuba lak nak pegang depan aku yg tang bawah! Tapi aku terus tepis dan tolak dia sekuat ati aku, dia sengih jeh...time tu Tuhan je yg tau betapa gabranya aku, mana taknya budak bahlol tu 4 kali ganda lebih besar & tinggi dari aku, bayangkan je le.. tapi aku kuatkan semangat utk belasah dia time dia cuba peluk aku dari depan, aku tendang kaki dia ke kiri dan ke kanan yg menyebabkan dia terkangkang dan memudahkan aku menendang sekuat ati penyumbang zuriat dia (telur dia daa). HAHAHAHA apa lagi punya le dia terus berlutut dan meraung sekuat ati!

Time tu kawan2 dia gabra pas tu cakap kat aku "eh..releks le..jangan le macam tu.." so aku balas balik "Releks kepala hotak korang!"... Sebelum aku blah dari tempat tu, aku sempat cakap kat budak bahlol tu.."Ko ingat aku ni bohsia ke senang2 ko nak raba2! Ko jangan pikir yg semua pompuan sama! Cuba ko pikir balik kalau benda macam ni jadi kat kakak ko ke, adik pompuan ko ke, mak ko ke, ko suka ke?! Ko ni org Islam dan ada otak so, tolong la pikir! Aku mintak maaf sebab terpaksa belasah ko untuk mempertahankan diri & maruah aku! Aku pun bukannya suka gaduh2 ni tapi aku terpaksa sebab ko tak dengar nasihat & warning aku tadi.. Aku mintak maaf!" Pas tu aku terus lari sekuat ati tinggalkan tempat tu terus g station bus.

Sampai station bus terserempak dgn member aku. Kami berlainan sekolah, dia ni Taiko kat sekolah dia. Kira Big Brother le..semua gengster2 kat sekolah dia & sekolah2 lain takut & respect aaa kat dia ni... Apa lagi, bila dia nampak aku termengah2 lari dgn muka pucat, dia terus sapa aku. Dia tanya saper kacau aku. Hehehe aku kata mana ada saper..tapi dia da lama kenal so, dia tau sangat perangai aku, terus dia tanya saper budak tu! Aku kater tak pe aku da kasi KAW2. Aku tak nak bgtau dia sbb aku tau dia ni jenis ati kering, boleh belasah org sampai separuh mati dibuatnya. Lastly dia pujuk aku suruh bgtau gak, dia kater dia tak kan apa2kan budak tu pun. So, aku bgtau le. Dia kata "Oooo..", pas tu dia suruh aku naik bas, balik.

Kebetulan time aku tengah tunggu bas tu gerak, aku nampak budak bahlol tu kena panggil dgn kawan aku yg Taiko ni & terus dia org g belakang station bus. Aku da tak sedap ati. Tak lama tu budak bahlol ni kuar dari belakang station bus dengan mata lebam! Hahahaha mesti dia kena belasah dgn si Taiko tu hahahaha padan muke! Dah jatuh ditimpa tangga! Tetiba aku nampak kawan Taiko aku ni bagi signal tangan kat aku, dia tunjuk sikit je dia belasah hahahahahaha!

Nak dijadikan cerita lagi time aku tunggu result SPM, aku kerja kilang jap, time aku nak ke toilet, aku perasan ada sorang budak lelaki jalan depan aku asyik tunduk jeh & macam nak sorok2 muka! Bila aku tgk betul2 rupa2nya budak bahlol tu!!! hahahahha....dia malu giler kat aku, ada le tahap cipan tanah! Seronok gak bila teringat cerita lama..

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu... Hilang Sesuatu...)