Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: August 2007

Tuesday, August 28, 2007

Kisah Dongeng...



Tetiba lak live aku sama macam cerita dongeng zaman purbakala... Kisah Cinderella dan Kisah Bawang Putih, Bawang Merah yang mana kedua2nya berkisahkan seorg wanita yg sentiasa dirundung malang dan dalam sekelip mata muncul seorg Putera Raja yg entah dari mana muncul secara tiba2 dlm hidup wanita tu...cuma yg bezanya dalam kisah Cinderella, Putera Raja tu mula terpikat dgn Cinderella bila dia datang dalam rupa, pakaian yg lawa dan berseri.

Manakala kisah Bawang Putih, Bawang Merah pula..Putera Raja tersebut mula terpikat dgn Bawang Putih bila terdengar suara nyanyiannya yg merdu walaupun pakaiannya comot. Tapi persamaan dalam kedua2 kisah dongeng ini ialah wanita ini dlm diam suka, sayang dan mencintai Putera Raja tu dan setiap hari hanya pasrah dan berdoa agar alangkah bahagianya jika mereka mendapat kasih sayang dan cinta dari Putera Raja tu serta dibukakan mata Putera Raja tu akan kewujudan mereka dihadapan Putera Raja tu selama ni...dan tanpa disangka2 dlm sekelip mata sahaja Tuhan memakbulkan doa mereka..dan mereka bahagia hingga ke akhir hayat walaupun pada mulanya berbagai rintang yg dihadapinya...

16 Ogos 2007 adalah tarikh yg merubah segala kisah malang aku menjadi seperti kisah dongeng tadi...Akulah insan yg amat bersyukur kepada Allah SWT diatas segala dugaan dan rintangan yg diberi kpd ku yg mana ianya mengajar agar aku menjadi seorg wanita yg lebih tabah, cekal dan kuat semangat utk meneruskan hidup sehingga aku akan menjadi seorg Puteri kpd seorg Putera Raja...insya'allah...
"Percayalah sesungguhnya setiap apa yg berlaku pasti ada HIKAMAHNYA..."

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu... Hilang Sesuatu...)

Mungkinkah?



Mungkinkah apa yang ku tunggu selama ini akan berada dihadapanku dalam sekelip mata?
Mungkinkah apa yang ku impikan selama ini akan menjadi kenyataan dalam sekelip mata?
Mungkinkah tiada lagi malang yang akan menerjah ke dalam hidup ku seperti selalu?
Mungkinkah tiada lagi kesedihan menyelubungi suasana hidup ku seperti selalu?
Erm... mungkinkah?... insya'allah... hanya Allah SWT sahaja yang tahu dan hanya DIA sahaja yang mengerti segalanya...

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu... Hilang Sesuatu...)

Wednesday, August 08, 2007

Muzik Itu Indah...

Muzik... Org kata muzik boleh mengkhayalkan tapi bagi aku ia terpulang pada individu tu sendiri utk mencorakkan muzik dlm diri mereka sendiri.
Muzik bagi aku adalah sesuatu yg amat unik & seni, senang cerita ianya sesuatu yg abstrak & penuh tersurat & tersirat.
Tanpa muzik manusia boleh menjadi sunyi, bosan & kadangkala boleh jadi sengal tahap cipan tanah! Hahahaha...=))

Muzik dah sebati dalam diri aku walaupun aku bukanlah seorg penyanyi @ pemuzik hehehe...tapi aku mula menulis lirik sejak darjah 3! Erm...mesti org tak caya tapi itulah hakikatnya. Maybe time tu, aku tak tau apa yg aku tulis tu adalah lirik!
Semuanya bermula lepas arwah nenek aku meninggal. Aku rapat dengan arwah, so bila nenek meninggal, aku rasa sedih sangat. Tak tau nak luah rasa sedih macamana, so aku ambik buku kosong & pensil jadikan tempat lepas kesedihan aku! Start dari situ, bila aku marah, sedih, suka, tension, ketawa, gembira, boring, sayu, ngantuk, hyper active & ++++ (dll), kertas/buku & pen ler jadi mangsa hehehehe...
Tapi sekarang dah tak main ler tulis atas kertas sebab aku lebih rela taip dalam komputer hahaha...Teknologi maa...

Sejak aku dah berkerja dalam bidang penyiaran ni, secara automatiknya aku dah involve dengan muzik. Org sekeliling aku semua pemuzik & penyanyi Profesional. Tapi yg pasti tentunya org2 ROCK! hehehe... Jiwa aku sejak darjah 4 dah sebati dengan ROCK! Jiwa ROCK beb!!! Sejak involve dengan dia org ni banyak KNOWLEDGE yg aku dapat. Dia org ni jenis tak kedekut ilmu! Aku respect & salute kat dia org lebih2 lagi kat OTAI2 ROCK & MUSICIAN! Ali, Trabye, Pae, Shamrin, Pool, Papa Rock & ramai lagi adalah GURU aku yg secara tak langsung sumber inspirasi aku dalam penulisan lirik, skrip, program, kerja, study & segalanya yg aku buat! TERIMA KASIH SEMUA!!!

Muzik boleh membuatkan seseorg itu jadi sentimental, emosi, agresif, bersemangat & bebas. Erm..mcm ni ler, muzik tu boleh diibaratkan sebagai baju yg menyaluti tubuh manusia. Kalau manusia, jadikan baju tu seksi & pakai maka terserlah ler keseksian manusia tu, kalau manusia tu jadikan baju tu sopan & pakai maka terserlah ler kesopanan manusia tu tapi kalau manusia tu jadikan baju tu buruk, kotor maka terserlah ler kehodohan manusia tu.... Begitulah juga halnyer dengan muzik.... So, pk sendiri aaa... K, Gua blah dulu aaa...