Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: Kebesaran yang Esa..

Friday, November 09, 2007

Kebesaran yang Esa..



Pagi buta ni tetiba jeh perasan aku berbaur rasa sayu, kagum di atas kebesaran Ilahi. Terasa diri ini terlalu kerdil di sisi yg Esa. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan kebahagiaan setelah selama ini bergelumang dengan dugaan, onak dan duri kehidupan. Satu ketika dulu aku pernah berkata pada diriku sendiri, kalau ditakdirkan aku tiada teman hidup, aku redha aku akan hidup sorang diri kerana aku boleh menghadapinya setelah apa yg telah berlaku pada diriku dan aku juga yakin ketentuan dari NYA itu ada hikmahnya. Aku da buat plan, kiranya begitu takdirku, aku akan menumpukan sepenuh hidupku pada kerjaku sahaja & aku akan terus sambung belajar sampai mana yg aku mampu capai, aku nak menambah properties aku sendiri, nak lebih selesakan family aku terutamanya parents aku, nak sibukkan diri dengan minat aku dan macam-macam lagi plan yg aku buat yg tak boleh le aku ckp semuanya tapi apa yg pasti masa 24 jam sehari aku itu terisi penuh!..Tetapi Tuhan tu Maha adil, aku dipertemukan juga dengan seseorang yg bagiku dia adalah kebahagiaan aku. Aku tak sangka rupanya dia juga pernah berkata pada diri sendiri, kalau ditakdirkan dia tidak ditemukan dengan aku setelah apa yg telah berlaku pada dirinya, dia akan hidup sorang diri kerana dia boleh menghadapinya. Itulah kebesaran Allah S.W.T. DIA yg merancang dan DIA juga yg menentukannya, DIA Maha adil lagi Maha mengasihani dan juga Maha penyayang... Alhamdulillah...

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home