Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: Jaga Hati...

Thursday, January 24, 2008

Jaga Hati...

Aku rasa kalau tanya kat semua orang dalam dunia ni mesti semua pernah merasa apa yg aku rasa. JAGA HATI...kalau ikutkan, hati semua orang kita nak jaga termasuklah orang sekeliling yg kita sayang. Sebagai seorang insan yg mempunyai akal fikiran seharusnya kita perlu bijak menangani perkara yg satu ni. Kat sini ler kita boleh tahu setakat mana kemampuan kita dalam mendisplinkan emosi, fikiran, hati dan jiwa serta tenang agar kita dapat menjaga hati dan memberi kebahagian utk semua orang yg kita sayang.

Aku teringat kisah seorang kawan aku dulu. Dia ni ok, baik, happy go lucky dan pandai dlm segala-galanya. Semua orang suka kat dia. Tapi satu hari dia jadi sakit jiwa hanya disebabkan nak jaga hati orang sekeliling yg dia sayang. Uiks?! Agak pelikkan sebab musababnya tu. Tapi itulah hakikatnya. Macamana boleh jadi macam tu? Dia jadi macam tu sbb dia tak dapat mendisplinkan emosi, fikiran, hati dan jiwa serta tenang. Dia jadi kelam kabut bila dia terpaksa menjaga semua hati orang yg dia sayang. Dia takut kecewakan semua pihak. Dia nak yg terbaik utk semua org yg dia sayang tapi dia tak bijak menangani perkara ni dari segi dalaman mental dia sendiri. Akhirnya dia mendapat tekanan yg amat teruk sampai le dia jadi sakit jiwa. Aku cerita ni bukan nak mengaibkan kawan aku ni tapi sekadar nak jadikan ia sebagai pengajaran kepada semua.

Kita memang kena jaga hati orang lebih-lebih lagi hati orang-orang yg kita sayang tapi dengan cara mendisplinkan emosi, fikiran, hati dan jiwa serta tenang barulah kita boleh berfikir dengan bijak walaupun kadang-kadang kita ni taklah sebijak mana. Hakikatnya itu semua penting dan perlu kemudian barulah kita dapat menangani semua perkara agar ianya dapat membahagiakan semua orang kita sayang. Kalau agak2 kita tetiba jadi tertekan, duduk jap tenangkan hati, lapangkan otak & istigfar banyak2. Insya'allah kita boleh atasinya semula.

~Little Snow~
(Asyil Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home