Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: December 2009

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009....




Tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan paling manis dlm hidup aku bersama 'orang baru' yg kedua.... 20 Februari 2009, hari di mana aku melahirkan seorang bayi lelaki yg handsome sangat. Sepatutnya aku bersalin awal bulan Mac (kiranya aku bersalin awal 2 minggu le), tp dah tertulis kat Luh Mahfuz yg baby aku akan lahir sama bulan dgn aku, hehehehe dia tak nak bulan Mac, dia nak Februari gak.... Alhamdulillah aku bersalin secara normal. Pengalaman pertama yg tak blh aku lupakan. Selama ni dok takut2 bila pk pasal bersalin, nah! sekarang aku dah laluinya...hehehehe.... Bayi aku lahir seberat 3.16 kg, tinggi 48 cm. Semua org terkejut aku dpt lahir secara normal, aku rasa 3.16 kg berat biasa bg baby baru lahir... entahlah maybe sbb dia org tgk saiz badan aku kecik kot, so dia org anggap berat baby segitu sepatutnya org mcm aku akan melalui cara cesarean.

************************

Aku selalu dok tanya kat mak, makcik, kakak sepupu & kawan2 aku pasal tanda2 nak bersalin. Dia org kata tanda2nya tak sama bg setiap individu.... biasanya ada yg pinggang akan rasa sakit sebelah je, ada yg kedua2 belah, ada yg kuar darah, ada yg air ketuban pecah. Punyalah tak puas hati dgn jawapan tu sbb aku takut bila 'dtg time tu' hehehehe, aku tanya lagi detail pasal pinggang sakit & air ketuban, mcm mana rasanya, memulas2 ke, sakit mcm senggugut ke, sakit perut tak time tu, lenguh ke pinggang, pinggang rasa mcm dipukul2 ke, pekat ke cair air tu, apa warnanya, banyak ke sikit, panas ke sejuk? dll... sampaikan dia org dah tak tau nak explain kat aku hahahaha... dia org kata pinggang akan rasa sakit mcm dipulas2 buah pinggang, lenguh, mmg rasa mcm senggugut. Sakit tu datang pergi, datang pergi, tp bila dtg rasa mcm nak tertanggal isi dlm pinggang tu. Air ketuban lak akan pecah ikut nasib individu tu maksudnya, ada org air ketubannya kuar sikit2, ada org ada kuar banyak mcm air paip (kes ni jarang berlaku tp kalau berlaku baby nak kuar anytime), cair, warna mcm air paip jernih, panas2 hangat. Pergh! aku buat notes dlm otak aku beb! hehehe.....

***************************************

Detik2 genting bercampur kelakar time aku dpt tanda2 nak bersalin. Pagi tu aku pergi kerja mcm biasa tp hati aku berdebar2 time husband aku hantar aku ke office. Aku dah byk kali bgtau kat husband, kalau time nak bersalin nak hantar aku ke hospital, drive laju tp jgn sampai langgar lubang, batu, bumper kat jln @ langgar kenderaan lain lak. Pas tu kalau aku mumbling ke marah2 ke jgn ambik hati & maafkan je lah aku yg tgh sakit nak bersalin hehehe.... Pagi tu aku bgtau lagi sampaikan husband kata "tau sayang, u dah bgtau byk kali, i taulah...." hehhehehe musti dia tension dengar ayat yg sama....hahahaha... cian dia..... Sampai office aku buat keje mcm biasa masuk pukul 10 pg aku berdebar2 lagi haiyss apa hal lak ni. Masuk bilik officemate bgtau dia yg dari tadi dok berdebar2, dia suruh istighfar byk2...tak de apa2 tu.... ok lah aku pun duduk balik tempat aku, sambung buat keje. Pukul 11 pg g toilet berdebar2 gak. Aiyakkkk apa hal ni!!!! Ya Allah jauhkan lah aku dari perkara yg tidak diingini.... Ok buat relaxs je....

Pukul 12.30 g tapau lunch dgn bebudak office mcm biasa. Tapau laksa pas tu kirim kat bos betik potong. Lunch mcm biasa duduk office & menikmati laksa & betik potong. Nyum...nyum...nyum.... Selesai makan, g toilet bila masuk office tetiba sakit perut & sakit pinggang. Uiks!? biar betul ni tak kan la dah nak bersalin. Due date lagi 2 minggu. Sakit tu hilang, tak ni, bukan ni..... Aiks? Datang lagi sakit tu! tak mungkin tak mungkin.... haa dah hilang dah... officemate kat sebelah aku ni lelaki, rupanya dari tadi dia perasan air muka aku berubah2 mcm menahan sakit. Al-maklum la, dia awal2 dah ckp yg dia cuak maybe blh pengsan kalau ada org nak bersalin depan dia hahahahaha sengal punya budak! Dia tanya aku ok ke? Aku kata ok tak de apa2. Pas tu dia tanya lagi sakit perut ke? Aku kata haah, tp maybe sbb makan laksa campur betik kot. Oic! Sakit tu datang lagi.... Kali ni lagi kuat dari tadi. Aku kata kat dia pinggang aku sakit gak le... Dia advice aku call husband aku sekarang! Huh?! dia arahkan aku call tu yg tak tahan tu hahahahah takut aku sakit bersalin depan dia kot hehehehe.... Aku buat relaxs je, aku kata due date lagi 2 minggu.

Masuk bilik officemate yg kat depan, situ ada 2 org officemate. Aku bgtau pasal sakit tu, yg sorang tu anak dah 2 soItalic, dia suruh aku call husband, dia kata itu tanda aku nak bersalin. Aku tak caya sbb belum sampai due date. Dia kata tak semestinya. Erm, sakit tu datang lagi hilang, datang, hilang, datang, hilang... Tetiba officemate aku kata masuk ni dia kira contractions kerap sangat, rupanya dlm pada diam dia kira jarak time aku sakit. Alamak! Sakit lagi, lagi kuat dari tadi! Kali ni aku terus call mak aku bgtau pasal keadaan aku, hahahahahaha apa lagi dia membebel marah kat aku sbb aku tak call husband lagi. Dia kata tu tanda nak bersalin. Bila dengar mak kata mcm tu, longgar rasa kepala lutut aku nih! Takut beb! Aku terus call husband, tgh tunggu dia pick up call, sakit tu datang lagi & makin kuat sampai aku susah nak bernafas sbb terlalu sakit. Husband pick up je, aku cuma blh ckp yg aku sakit sgt, nak bersalin, sesak nafas, cepat dtg! Dia suruh aku duduk kat office sampai dia call dari bawah baru aku turun.

Tup2 husband call, hahaha part ni yg kelakar + malu + sakit. Mana tak nyer, bayangkanlah satu office papah aku utk turun bawah, termasuk dgn bos kesayangan aku tu hahaha (cuak gak kakak aku sorang tu)... Semua org yg tgh lalu lalang kat situ semua kena ke tepi sbb satu office dok ckp "beri lauan, beri laluan...ada org nak bersalin!!!", dah jadi ambulans je dia org tu hahahaha, yg aku lak cuma dpt menundukkan muka sbb malu ya amat hehehe sambil menahan sakit, nak gelak pun ada hahahaha... Sampai kat lif le ayat "beri lauan, beri laluan...ada org nak bersalin!!!" dia org dok ckp. Dah lah time tu kat dlm lif ramai staff department lain, semua blh keluar dari lif kelam kabut on the spot! hahahahaha! Sampai bawah dari pintu kaca tu aku dah nampak muka husband yg risau berbaur2, yg aku lak dok sibuk ckp kat bos, "kak nak punch out ke skrg?" satu office ckp serentak "Tak payah!" hehehe sakit nak bersalin pun masih ingat pasal kerja. Terus dia org sumbat aku kat dlm kereta... hahahaha...

Dalam perjalanan ke hospital aku asyik ckp kat husband cepat sikit, cepat sikit, sakit sgt ni, sakit sgt ni byk kali. Husband lak asyik suruh aku bernafas ikut yg dah diajar dlm kelas prenatal. Akhirnya sampai gak kat hospital. Terus masuk emergency parking, nurse dah siap kerusi roda lagi. Huyooo sakit aku makin menjadi2 ditambah dgn sakit bila roda kerusi tu nak masuk lif seolah2 mcm terlanggar batu kerikil kecik impact tu tak seberapa tp oleh kerana sakit tu ya amat so terasa mcm langgar lubang besar jeh!

*bersambung.....