Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: January 2008

Thursday, January 24, 2008

Jaga Hati...

Aku rasa kalau tanya kat semua orang dalam dunia ni mesti semua pernah merasa apa yg aku rasa. JAGA HATI...kalau ikutkan, hati semua orang kita nak jaga termasuklah orang sekeliling yg kita sayang. Sebagai seorang insan yg mempunyai akal fikiran seharusnya kita perlu bijak menangani perkara yg satu ni. Kat sini ler kita boleh tahu setakat mana kemampuan kita dalam mendisplinkan emosi, fikiran, hati dan jiwa serta tenang agar kita dapat menjaga hati dan memberi kebahagian utk semua orang yg kita sayang.

Aku teringat kisah seorang kawan aku dulu. Dia ni ok, baik, happy go lucky dan pandai dlm segala-galanya. Semua orang suka kat dia. Tapi satu hari dia jadi sakit jiwa hanya disebabkan nak jaga hati orang sekeliling yg dia sayang. Uiks?! Agak pelikkan sebab musababnya tu. Tapi itulah hakikatnya. Macamana boleh jadi macam tu? Dia jadi macam tu sbb dia tak dapat mendisplinkan emosi, fikiran, hati dan jiwa serta tenang. Dia jadi kelam kabut bila dia terpaksa menjaga semua hati orang yg dia sayang. Dia takut kecewakan semua pihak. Dia nak yg terbaik utk semua org yg dia sayang tapi dia tak bijak menangani perkara ni dari segi dalaman mental dia sendiri. Akhirnya dia mendapat tekanan yg amat teruk sampai le dia jadi sakit jiwa. Aku cerita ni bukan nak mengaibkan kawan aku ni tapi sekadar nak jadikan ia sebagai pengajaran kepada semua.

Kita memang kena jaga hati orang lebih-lebih lagi hati orang-orang yg kita sayang tapi dengan cara mendisplinkan emosi, fikiran, hati dan jiwa serta tenang barulah kita boleh berfikir dengan bijak walaupun kadang-kadang kita ni taklah sebijak mana. Hakikatnya itu semua penting dan perlu kemudian barulah kita dapat menangani semua perkara agar ianya dapat membahagiakan semua orang kita sayang. Kalau agak2 kita tetiba jadi tertekan, duduk jap tenangkan hati, lapangkan otak & istigfar banyak2. Insya'allah kita boleh atasinya semula.

~Little Snow~
(Asyil Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Monday, January 07, 2008

Soalan Mengejut...

Semalam aku ditanya satu soalan yang membuatkan aku tergamam. " Simpanan ada berapa? " Dalam hati aku tergamam..soalan tu menandakan majlis besar akan diadakan maybe tak lama lagi.. Wah! aku kena menambahkan lagi RM++++ from this momment. :)

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Wednesday, January 02, 2008

Selamat Datang 2008...

Erm... Pejam celik, pejam celik..dah masuk 2008. Rasa macam tak caya jeh..Tahun ni time sambutan Tahun Baru aku tak mcm tahun2 sebelum ni. Iyelah...sebelum2 ni tiap kali mlm New Year jeh aku musti ada kat opis sengsorang. Kadang stayback siapkan keje, kadang duk ngadap komputer..Sadis siot hahaha.. Tapi tahun ni aku rasa best giler sbb aku sambut kat Putrajaya. Kebetulan aku ada job kat satu konsert. Aku assist satu band rock. Mlm tu gak aku jadi videographer utk band rock tu. Pergh! Happy siot! Mana taknya aku guna toy digital HD video camcorder, konsert sebelum ni kat Bukit Jalil aku cuma guna toy digital video camcorder biasa jeh. Mlm tu mcm2 cerita jadi, ada yg selisih faham, ada yg merajuk, ada yg menangis, ada yg memujuk, ada yg mengadu, ada yg rasa bersalah, ada yg tak dpt masuk kawasan, ada yg psyco fanatik, ada yg gelak, ada yg terpaksa menyamar, ada yg melarikan diri, ada yg curi2 pandang, tapi yg paling aku suka tgk..ada baby comel giler..mix Malay/Japanese, pergh! senang citer seribu satu ada lah.. Anyway...Azam tahun baru aku nak meningkatkan karier, life, & of course insya'allah nak menuju jadi seorang wanita yg bakal bergelar isteri mithali beb! Tapi jiwa tetap rock hahaha!!!

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hlang Sesuatu...)