Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: March 2008

Tuesday, March 25, 2008

Aku...



Aku sebenarnya umpama besi tetapi lembut yang boleh dibentuk-bentuk. Hanya mereka yang tertentu sahaja tahu akan diriku. Aku boleh menjadi seorang yang tegas, manja, keanak-anakkan, serius, emosi, pemarah, pendiam, penyimpan, penyedih, periang, pelawak, pelupa, bodoh sekejap (hahaha "ni hari bodoh saya cik..."), menyendiri, sayu, hyper active, mental (macam shaun the sheep), toing (=mental hahaha), cemburu (tapi bertempat aaa), lembab sekejap (=bodoh sekejap hehehe) dan macam-macam lagi, tak larat aku nak luah. Tapi itulah aku, seorang manusia... seorang insan... seorang wanita yang dapat mengawal diri, jiwa, perasaan dan fikiran yang mungkin tak semua orang percaya akan keistimewaan yang Allah berikan kepada aku ini sejak aku lahir hingga sekarang. Dengan keistimewaan itulah juga aku menjadi seorang yang mudah memahami walaupun kadangkala perit untuk ditelan. Sesungguhnya aku cuma ada seketul hati yang hanya dapat dizahirkan dengan keikhlasan jiwa & raga aku sehinggalah nafas terakhir aku nanti...

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Sebenarnya...



Sebenarnya aku bukanlah sesiapa di dalam kelompok itu...
Sebenarnya aku terlalu merasa jiwa & raga aku sebahagian daripada kelompok itu...
Sebenarnya ada atau tidak adanya aku di dalam kelompok itu sama sahaja...
Sebenarnya aku hanya ada bila diperlukan sahaja dalam kelompok itu...
Sebenarnya itulah tempat & situasi sebenar aku di dalam kelompok itu...
Sebenarnya aku begitu terlupa bahawa aku tiada membawa apa-apa kepentingan & pengertian di dalam kelompok itu...
Sebenarnya itulah hakikatnya & aku harus terima keadaan itu bermula pada detik, saat, waktu dan ketika ini...

Monday, March 24, 2008

Honeymoon.....



Sesuatu yang tak pernah aku mimpi, aku dapat menjejaki kaki di tanah United Kingdom. Apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada abang ipar ku yang tersayang sebab sudi bawa aku ke 'Negara' dia England. Dari Manchester ke Sheffield, ke London, ke Newcastle ke Edinburgh (Scotland), ke York, ke Chester, ke Leichester dan mungkin ke Oxford. Betul kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pandangan"...aku begitu kagum dengan kebesaran Allah S.W.T. DIA mencipta segalanya dengan penuh keindahan, pengertian dan hikmah. Banyak yang aku belajar selama aku di sini. Tapi yang paling tak dapat aku lupakan salji turun dengan tak semena-mena pada waktu yang bukan musimnya. Dapat gak ler aku main salji. Sedar tak sedar aku dah dekat 2 minggu lebih kat sini dan hanya tinggal seminggu lebih sahaja untuk aku balik ke Malaysia. Erm..tentunya aku rindu kat tempat ni... insya'allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku akan datang lagi ke sini.

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu...Hilang Sesuatu...)

Sunday, March 02, 2008

Berakhir satu kehidupan yang sendiri....



29 Februari 2008 adalah satu tarikh yang sudah tertulis di Luh Mahfuz untuk pengakhiran kehidupan sendiri aku. Pada tarikh inilah aku diijab kabulkan. Bermula pada masa, saat dan ketika itulah aku bergelar isteri. Percaya atau tak, itulah hakikatnya...jiwa seorang isteri merubah seluruh jiwa aku. Semua perasaan bercampur baur, gembira sebab aku mempunyai seorang suami yang Allah sahaja yang tahu... sedih sebab orang-orang tersayang yang telah pergi meninggalkan dunia tak sempat menyaksikan hari bersejarah itu.. Tapi aku pasti jika mereka ada tentunya mereka gembira & bersyukur. Amin...

~ Little Snow ~
(Asyik Sesuatu... Hilang Sesuatu...)