Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: Kisah Dongeng...

Tuesday, August 28, 2007

Kisah Dongeng...



Tetiba lak live aku sama macam cerita dongeng zaman purbakala... Kisah Cinderella dan Kisah Bawang Putih, Bawang Merah yang mana kedua2nya berkisahkan seorg wanita yg sentiasa dirundung malang dan dalam sekelip mata muncul seorg Putera Raja yg entah dari mana muncul secara tiba2 dlm hidup wanita tu...cuma yg bezanya dalam kisah Cinderella, Putera Raja tu mula terpikat dgn Cinderella bila dia datang dalam rupa, pakaian yg lawa dan berseri.

Manakala kisah Bawang Putih, Bawang Merah pula..Putera Raja tersebut mula terpikat dgn Bawang Putih bila terdengar suara nyanyiannya yg merdu walaupun pakaiannya comot. Tapi persamaan dalam kedua2 kisah dongeng ini ialah wanita ini dlm diam suka, sayang dan mencintai Putera Raja tu dan setiap hari hanya pasrah dan berdoa agar alangkah bahagianya jika mereka mendapat kasih sayang dan cinta dari Putera Raja tu serta dibukakan mata Putera Raja tu akan kewujudan mereka dihadapan Putera Raja tu selama ni...dan tanpa disangka2 dlm sekelip mata sahaja Tuhan memakbulkan doa mereka..dan mereka bahagia hingga ke akhir hayat walaupun pada mulanya berbagai rintang yg dihadapinya...

16 Ogos 2007 adalah tarikh yg merubah segala kisah malang aku menjadi seperti kisah dongeng tadi...Akulah insan yg amat bersyukur kepada Allah SWT diatas segala dugaan dan rintangan yg diberi kpd ku yg mana ianya mengajar agar aku menjadi seorg wanita yg lebih tabah, cekal dan kuat semangat utk meneruskan hidup sehingga aku akan menjadi seorg Puteri kpd seorg Putera Raja...insya'allah...
"Percayalah sesungguhnya setiap apa yg berlaku pasti ada HIKAMAHNYA..."

~Little Snow~
(Asyik Sesuatu... Hilang Sesuatu...)

1 Comments:

Blogger Trabye said...

Kisah dongeng, ek? Kisah dugong ada tak? Hehe...

Thu Aug 30, 02:22:00 AM  

Post a Comment

<< Home