Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: This is the life of my heart III......

Saturday, December 31, 2005

This is the life of my heart III......



Tepat 12 tengah malam ni, bermulanya lembaran baru dalam hidupku. Buku 2005 akan ku tutup. Selamat Tinggal 2005. Imbasan kehidupan 2005----Hari ni adalah hari terakhirku dalam 2005. Pelbagai suka duka yang ku alami sepanjang tahun 2005 ini. Huh! Penat rasanya bila mengenangkan apa yang telah berlaku dalam hidupku. Mahunya tak, kebanyakannya berkisarkan kedukaan yang ku alami. Memanglah ada peristiwa yang gembira tapi tidaklah sebanyak kedukaan yang berkoyan-koyan.

Sepanjang 2005 ini banyak kehilangan yang aku alami..orang yang ku sayang, kucing yang ku sayang, barang yang ku sayang, kakak yang ku sayang, kawan yang ku sayang, hati yang ku sayang dan banyak lagi... Sesungguhnya semua itu mengajar aku menjadi lebih dewasa. Sakit hati, kecewa, marah, sedih, bengang, sakit kepala, pilu, tertekan, semuanya bercampur aduk dalam hati ku. Tetapi alhamdulillah aku masih waras dan keimanan ku masih lagi utuh dalam mengemudikan perasaan yang berbaur di dalam hati ku..

Peristiwa yang mengembirakan aku sepanjang 2005 ini..., Aku berjumpa rakan baru yang sehingga kini menjadi sahabat suka dukaku, Aku mendapat 'A' bagi kesemua assignment..kuiz/test, Aku menyewa di luar, Aku berkawan dengan teman-teman yang berada di aliran dunia seni..serta multimedia..kami selalu bertukar-tukar pendapat, Aku berhubung semula dengan teman yang pernah bekerja bersamaku...tak sangka dapat berhubung setelah bertahun terputus hubungan, Berjumpa semula nurse @ kawan yang menjaga ku semasa di wad...erm..semakin berisi pula dia mungkin sudah ada permaisuri yang bertakhta di hati agaknya, Semua orang yang baru ku kenali tidak percaya akan umur ku yang sebenar sehingga sekarang...hehehe mereka kata umur ku 17-22, Dapat menceriakan kelas dengan lawak spontan aku hehehehe, Dapat membuat program besar ku sendiri..ada perlumbaan minibike; bengkel kecantikkan oleh Maybelline; media dari karangkraf; gerai jualan; orang kenamaan (VIP) dan ada ucapan aku hehehe yang tak seberapa...program tersebut mendapat liputan dalam majalah REMAJA, Dipanggil interview sebagai Penolong Penerbit di sebuah pusat penyiaran tv (best...best..hehehe), Aku dapat kumpul duit untuk beli ipod dan videocam, Aku dapat meluahkan perasaan melalui gambar-gambar yang aku simpan dalam fotopages, Aku dapat meluahkan isi hatiku melalui blogger ni, Aku dapat menghadapi dan menyelesaikan semua masalah dan dugaan yang melanda bertubi-tubi dalam hidupku, Dan banyak lagi...

Peristiwa yang mendukakan aku sepanjang 2005 ini..., Difitnah dan dikhianati oleh orang yang ku percayai..ku sayangi..ku hormati...orang yang ku anggap kakak, Dikecewakan oleh hati yang ku sayang, Dapat tutor yang tak best, Kemalangan malam sebelum hari bersejarah kecil--kereta kena langgar dengan mat rempit pergh...nasib baik tak de apa-apa cuma demam terkejut, Hari bersejarah besar tidak jadi berlaku...aku redha dengan ketentuanNYA..pastinya ada hikmah disebaliknya, Kucing ku hilang, Mak long ku meninggal sebelum aku sempat berjumpa dengannya, Belum dapat simpan duit untuk beli komputer, Kereta mula buat hal, Dua kali ayah masuk hospital, Belum dapat keputusan interview...harap-harap berjaya, Orang yang ku hormati cuba merosakkan program yang ku buat..dari perancangan, persiapan sehinggalah semasa berjalannya program tersebut..tetapi alhamdullilah semua yang dia cuba lakukan tidak berjaya, Dan banyak lagi...

Huh! Penat tak bila korang baca? Tapi aku lagi penat menghadapinya hehehe.. Walau apa pun aku tetap bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi aku peluang sehingga sekarang untuk bernafas dan jantungku masih berdegup..dub..dab...dub..dab..

Aku masih di opis menghadap komputer, cuaca di luar semakin gelap, erm..aku rasa aku nak balik ler. Sebenarnya pada asalnya tadi aku nak terus balik ke kg., tapi aku sesajer singgah sekejap di opis dan tak sangka pula menjangkau hingga ke malam. Seumur hidup aku, tak pernah aku menyambut tahun baru di luar bersama kawan-kawan. Entah bila aku berpeluang nak menyambutnya pun tak tau. Seronok agaknya bila dapat menyambutnya di luar. Tapi bila aku tengok di tv, majalah dan surat khabar serta mendengar kawan-kawan aku bercerita, aku jadi takut pula nak menyambutnya di luar. Iyelah kebanyakkannya berpesta yang sudah tentunya aku tak boleh nak masuk kawasan tu..(harap maklum sudah le). Tapi bila aku fikir semula takkan langsung tak ada tempat yang sesuai aku boleh pergi untuk menyambutnya..erm..tapi di mana yek??? Tak pe le..Apa yang pastinya sekarang ni aku nak balik kg. le terus. Harapan aku agar sinar bahagia menanti aku di lembaran baru 2006 ini. Semoga kita berjumpa semula di tahun hadapan..2006 le hehehehehe....adios.. wasalam..

********************************

What A Wonderful World (Louis Armstrong)

i see trees of green........ red roses too
I see 'em bloom..... for me and for you
And i think to myself.... what a wonderful world.

I see skies of blue..... clouds of white
Bright blessed days....dark sacred nights
And i think to myself .....what a wonderful world.

The colors of a rainbow.....so pretty ..in the sky
Are also on the faces.....of people ..going by
I see friends shaking hands.....sayin'.. how do you do
They're really sayin'......i love you.

I hear babies cry...... i watch them grow
They'll learn much more.....than i'll never know
And i think to myself .....what a wonderful world

(instrumental break)

The colors of a rainbow.....so pretty ..in the sky
Are there on the faces.....of people ..going by
I see friends shaking hands.....sayin'.. how do you do
They're really sayin'...*spoken*(i ....love....you).

I hear babies cry...... i watch them grow
*spoken*(you know their gonna learn
A whole lot more than i'll never know)
And i think to myself .....what a wonderful world
Yes i think to myself .......what a wonderful world.




-Little Snow-
(Asyik sesuatu, Hilang Sesuatu)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home