Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: Jodoh ???

Wednesday, June 07, 2006

Jodoh ???



Huhh.... nape le aku mengeluh... Sebenarnya tak baik mengeluh ni tapi.... 10 Jun 2006 (Sabtu), lepas isyak, adik lelaki aku yg kedua akan bertunang dgn budak satu kg gak. Ramai saudara mara aku perli memperli & mengayam ketupat (mengumpat ler!) pasal aku yg tak berkahwin lagi. Erm... aku ignore jeh semua tu tapi kadangkala berasap gak telinga aku. Abis tuh nak buat camner? Dah sah-sah adik lelaki aku dah sampai jodoh dia so, jalan je ler. Tak kan nak halang lak?! Aku? Aku tetap percaya bahawa setiap makhluk yg dijadikan oleh Allah S.W.T. adalah berpasang-pasangan cuma lambat dgn cepat jeh bezanya. Jodoh aku memang dah tertulis di Luh Mahfuz cuma belum ditemukan atau dibukakan hati jeh. Dan kalau pun jodoh aku tiada di dunia mungkin di akhirat nanti kami akan berjumpa.

Mak aku? Erm...tentunya dia mumbling jeh tiap kali aku balik kg. Memang ler kadangkala ada betulnya apa yg di'mumbling'kan tu. Sekarang aku cuma ingin meramaikan kawan sbb aku tak nak sebab perkara ni aku hidup dlm kemurungan n at last mati dlm kemurungan jeh.. nauzubillah... Dgn ramai kawan, aku boleh bertukar-tukar pendapat, pengalaman, deal business dan mana tau dlm ramai-ramai tu ada jodoh aku yg dah ditulis di Luh Mahfuz. Insya'allah...

Aku nih suka menyibukkan diri dgn kerja sbb tak nak bagi ruang kosong utk termenung dan akhirnya terlalu pikir sangat pasal perkara berbangkit tuh (cewah..mcm dlm parlimen plak..). Sekarang aku sibuk menyiapkan skrip drama radio, lirik (3 lirik dah dalam simpanan sorang artis rock), proposal company utk sorang artis rock, profail group band utk sebuah band rock, perancangan utk konsert rock, mengumpulkan sponsorship, sibuk dengan persiapan mesyuarat persidangan Puteri Cawangan pada 18 Jun 2006 (Ahad) ni (hehehe..text ucapan pun tak buat lagi), kalau boleh tiap-tiap Sabtu nak keje tapi tempat keje aku bagi 2 kali Sabtu jeh boleh claim, Setiap mlm rabu main futsal (ceh! ni kira keje gak ni...mengerjakan otot-otot badan tu..) dan aku tengah cuba mengumpulkan melody utk dikompose dlm lirik yg aku dah siapkan.

Ermm... sejak akhir-akhir ni aku ramai lak mendapat kenalan baru yg tak diduga kehadirannya.. Ada Malay, ada Chinese. Ada yg dpt no hp dari member ler, cousin aku ler... dan aku telah berhubung semula dgn kawan lama aku yg dah kira-kira 4 tahun kami lost contact. Entah ler..aku pun tak tau nak kata...Bak kata XPDC 'Apa Nak DiKata'.. Yang pastinya dalam ramai-ramai kenalan @ kawan aku tu kalau ada yg tetiba jeh berani menyuarakan sesuatu pada parents aku, aku serahkan jeh pada parents aku utk membuat pilihan sbb aku dah fobia serta serik dgn pengalaman sblm ini..Biarlah ianya menjadi kenangan.... Aku pasti pilihan dan naluri parents adalah yg terbaik kerana mereka lebih dulu makan garam drp kita..dan mana ada mak bapak yg nak campak anak dlm gaung @ lumpur @ lubuk.. betul tak ?..

Ok lah... aku dah kesejukan dlm libary ni. Deman panas + selsema aku tak kebah-kebah gak. Dah dari hari Isnin...ni dah Hari Khamis... Dah ler 1.6.2006 (Jumaat) aku jatuh tergelincir sbb hujan, sudahnya lutut kanan aku koyak. Pergi klinik atas nasihat sorang kawan dan dia beriya-iya mengatakan aku tak akan diberi injection, so aku pun pergi le. Lastly doktor kata aku kena inject gak sbb nak elakkan dari kena kancing gigi dan utk antibiotik..Pergh! habis diding klinik tu aku tumbuk dek menahan sakit hehhehe... Mlm tu mmg le aku tak boleh tidur lena. Mana taknya lutut berdenyut, lengan berdenyut huhh! Tuhan jeh yg tau..... Pas tu isnin sampai ari ni lak demam panas + selsema mmg ler sah-sah aku tak gi klinik hehehehe tak nak kena inject le tuh..... Ok ler aku cau dulu....

Adios.... :P

2 Comments:

Blogger Nieys Zahri said...

Hi Little Snow,
Assalamualaikum,

Sedih baca cerita tentang sedara mara u yg bising2 pasal u belum kahwin. Memanglah adat orang-orang kita kan.. suka bercakap benda2 yang dianggap personal. Kalau lambat kahwin, diorang tanya bila nak kahwin.. Bila dah kahwin pulak.. dorang tanya bila nak dapat anak.. bila dah ada anak, diorang sibuk2 pulak tanya bila nak dapat menantu.. bila dah dapat menantu, diorang tanya pulak bila nak dapat cucu.. hai.. tak habis2 cycle tu sampai bila2 agaknya. diorang ni rasa susah hati agaknya tengok kita seadanya. I pun selalu kena. Bukan sebab bila nak kahwin tapi bila lagi nak dapat anak.. kahwin dah lama tapi seorang pun tak keluar lagi.. hmm, padahal kita hidup senang lenang je, bahagia alhamdulillah..hati ni dah puas menangis, dah puas berapi. tapi nak buat macam mana.. ikutkan amarah,rasa nak balas je sedas dua kasi dorang terpempan sekejap. Nanti sat gi kena kutuk mulut celupar laks.. benda tu macam dah sinonim je dengan orang2 kita. eloknya bila zaman kita esok janganle kita buat benda yang sama.. mudah-mudahan nanti keturunan kita, bangsa kita.. semua tak suka bersoseh-soseh tentang benda2 tak releven ni..

Tue Jul 04, 01:53:00 AM  
Blogger Little Snow said...

Waalaikumusalam..

Terima kasih sbb sudi post comment kat blog ni.... lepas ni boleh le kita bertukar2 cerita ekk... keep in touch...

Fri Sep 07, 09:40:00 PM  

Post a Comment

<< Home