Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: Teman Sejati..

Thursday, March 02, 2006

Teman Sejati..

(Muka penyanyi ini mirip muka teman baik ku...)

6 Januari 2006 bersamaan dengan hari Jumaat, adalah satu hari yang tidak dapat aku lupakan sehingga saat hembusan terakhirku nanti....
*******************
5 Januari 2006 bersaman Khamis malam Jumaat, aku tidak dapat melelapkan mataku.... keadaan cuaca yang begitu panas dan berhaba membuatkan aku bagai cacing kepanasan.. "Mungkin malam ni nak hujan kot!" bentak hati kecil ku. Terkebil-kebil aku memandang siling di dalam bilik tidur ku. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Semuanya serba tak kena. Sehinggalah aku tak sedar pukul berapa aku terlena... Malam tu aku bermimpi Pjen, sahabat baik yang aku dah anggap macam saudara kandung aku sendiri. Aku anggap dia seperti kembar tak seiras aku sebab umur kami sebaya, nama ayah sama dan sehati sejiwa lak tu..aku berkawan dengan dia sejak dari kecil hinggalah dia dah ada anak sorang. Dalam mimpi tu, Pjen dikerumuni sekumpulan lelaki yang tidak ku kenali. Aku rasa macam penjahat sebab tangan Pjen terkapai-kapai ke arah ku seolah-olah meminta tolong daripadaku tapi aku seperti tak dapat berbuat apa-apa. Sedar-sedar je aku tersentak dan terjaga pada waktu subuh. Aku duduk di kaki katil ku sambil termanggu memikirkan tentang mimpi ku itu... Pelik ku rasakan, tak sedap hati pun iye juga kerana aku dapat rasakan Pjen dalam kesusahan. Iyelah aku tak pernah mimpi Pjen, kali terakhir dapat bercakap dengan dia pun melalui telefon pada bulan September 2005, itu pun aku yang telefon dia nak bagitau pasal 'hari besar' aku yang tak jadi tapi bila aku dengar suara dia seperti ada masalah, aku tak sampai hati nak bagitau dia pasal hal aku tu.

Aku tak nak dia sedih bila dengar pasal hal aku tu. So aku tanya dia apa masalah dia, tapi dia kata dia tak ada apa-apa masalah. Berulang kali aku tanya samada dia ada masalah dengan isteri dia ke, anak dia ke, kewangan ke, pasal kerja ke tapi dia tetap kata tak ada masalah dan dia cepat-cepat tukar topik cerita tanya pasal kerja aku pula. Aku kenal dia, aku kenal hati budi dia dan aku sahaja tempat dia mengadu hal peribadi dia sebab dia jenis susah nak mengadu masalah pada orang lain termasuklah orang tua dia dan adik beradik dia. Sebelum aku meletakkan telefon, aku cakap kat dia " Jen, aku tahu ko ada masalah tapi mungkin belum masanya ko bagitau aku. Tak pe la, nanti kalau ko dah sedia nak bagitau aku, ko tau nak cari aku macam mana kan. Sebenarnya aku telefon ko ni ada perkara yang aku nak bagitau kat ko tapi aku rasa mungkin lain kali le aku bagitau kat ko".... Pjen lak jawab " Sebenarnya aku memang ada perkara yang nak bagitau kat ko gak tapi nantilah tunggu masa yang sesuai aku bagitau kat ko yek"...

Kali terakhir berjumpa pun masa Hari Raya tahun 2004, Raya 2005 dia langsung tak datang beraya di rumah aku. Aku rasa terkilan gak sebab dia tak pernah tak datang beraya di rumah aku, memang dari dulu masa dia kecik sampailah dia dah ada anak sorang tak pernah 'miss' ler.
******************
Aku masih termanggu di kaki katil, "Ermm... nanti lepas solat Jumaat aku call Pjen ler... tak sedap hati aku dibuatnya" Bisik hati ku....

Aku pergi opis macam biasa, menjalani tugas ku seperti biasa... sehinggalah solat Jumaat selesai, baru aku nak call, mak aku dah call aku. Mak menangis... aku terkedu... pelik, naper lak mak nangis.... "mak, naper mak nangis?" tanyaku kehairanan. "Along, ko sabar ye...sabar ye..." mak cakap sambil menagis. Aku dah tak tentu arah masa tu tak sabar nak tunggu apa sebenarnya yang mak nak bagitau... "Alonggg....Pjen dah meninggallllll..... Pjen dah meninggalllll...." Mak meraung sekuat hati... Innalillahhiwainahirajiun....Aku terus menangis dan meraung sampai tak hiraukan staff kat opis aku tu.. Aku cakap kat mak aku yang mak cuma bergurau tapi mak kata takkan mak nak tipu aku.... Mak suruh aku balik....

Supervisor aku suruh aku balik masa tu gak. Aku terus call isteri arwah, dia baru nak menuju ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Kelang. Aku pun terus bergegas ke sana sebab mayat arwah masih berada di bilik mayat hospital tersebut. Sepanjang-panjang perjalanan aku ke hospital tersebut aku menagis, meraung dah tak hirau kenderaan disekeliling aku... Sampai je di bilik mayat hospital, isteri arwah terus memeluk aku dan kami menangis serta meraung sekuat hati.... Kemudian aku terus minta izin ayah, abang dan isteri arwah untuk masuk ke dalam bilik mayat. Aku ajak isteri arwah tapi dia kata tak sampai hati nak tengok lagi dan dia kata kat aku "akak, tak payahlah akak tengok Pjen, nanti akak sedih sangat sbb muka dia dah berubah.." Aku tetap nak masuk juga. Aku ni sememangnya seorang yang penakut dan seumur hidup tak pernah menjejak kaki melangkah masuk ke rumah mayat. Tetapi pada hari tu rasa takut aku hilang yang aku ingat cuma nak tengok muka arwah....

bersambung.....

-Little Snow-
(Asyik Sesuatu... Hilang Sesuatu...)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home