Through inside of my heart...... Through inside of my heart......: Lelaki...

Saturday, February 03, 2007

Lelaki...



Begitu sukarkah aku ingin mencari seorang insan yang bernama lelaki yang betul ikhlas, setia, jujur dan bertanggungjawab? Ah! Dunia sekarang mana ada lelaki yang begitu. Seolah-olah kalau ada pun ianya seperti dalam cerita dongeng zaman purbakala yang mana seorang gadis yang sentiasa dirundung malang dan tiada sebutir kegembiraan pun dalam hidupnya tiba-tiba muncul seorang putera raja yang berhati ikhlas, setia, jujur dan bertanggungjawab memberi sinar kebahagian dalam hidupnya yang selama ini suram. Mereka bercinta dan berkahwin serta mempunyai sebuah keluarga bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Erm…bahagianya… tapi mungkinkah aku akan berada dalam keadaan demikian? Atau hidup ku memang sentiasa malang dan tiada kegembiraan pun???

Kegagalan dalam cinta membuatkan aku menjadi seorang yang begitu teliti dan berhati-hati dalam membuka semula pintu cinta ku kepada lelaki. Bukan aku memilih tapi sekadar tak nak pisang berbuah 2 kali. Semua cerita lama memang aku dah buang jauh-jauh tapi kadang-kadang teringat gak (tipulah kalau dapat lupa sebab luka kat hati masih berparut..), bila teringat tu kadang aku berfikir kenapa pengakhiran kisah cinta aku bukan seperti yang diharapkan. Erm.. teringat kata-kata Rosyam Nor kpd aku, "Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..Sabarlah menghadapinya.." Anyway thanks a lot Bro. Semangat aku untuk maju ke hadapan makin tinggi bila teringat kata-kata bro Rosyam Nor.

Kadangkala aku begitu takut untuk mengenali hati seorang lelaki dan kemudiannya berkahwin, kerana zaman sekarang ni terlampau banyak kes suami curang dibelakang isteri, kes suami tak setia pada isterinya, dan macam-macam lagi. Kes-kes seperti ini bukan saja aku dengar dan lihat malahan aku juga pernah melaluinya. Tetapi aku masih waras dan aku bukanlah seorang wanita yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kehancuran orang lain.

Bagi aku semua yang aku lalui itu hanyalah satu dugaan tuhan terhadap diriku, mungkin tuhan nak tengok sejauh mana tahap kekuatan akal dan hati aku dalam mengharungi dugaan itu. Mungkin juga tuhan nak tengok samada aku adalah seorang yang tega memiliki kebahagian di atas penderitaan orang lain? Atau aku seorang yang sanggup korbankan hati dan perasaan sendiri daripada menjadi seorang yang merentap hati dan perasaan orang lain demi kebahagian sendiri. Tak apalah…aku redha di atas segalanya kerana aku percaya, ‘Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan hanya tuhan saja yang tahu di atas setiap apa yang berlaku…..’

-Little Snow-
(Asyik Sesuatu... Hilang Sesuatu...)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home